Sunday, 2 June 2013

PaDa SuAtu hArI.... #termenung... huhu

Bismillahirrahmanirrahim…
         
           “ya allah bantulah aku! mencari sinarmu,  ya allah aku benar-benar buntu, aku ingin melupakan lelaki itu! bantulah aku!…….” setelah aku selesai melakukan solat tahajjud dan solat hajat lantas aku membaca al-quran.

Seminggu kemudian

          “Assalamualaikum! Murid-murid hari ini kita ada pelajar baru.” Kata guruku sambil menunjukkan pelajar baru.

“Hafiz sila perkenalkan diri.”

“Assalamualaikum, nama saya Hafiz Amir Iman bin Hafiz Izwan, kamu semua boleh panggil saya Hafiz, saya harap kamu semua boleh menerima saya di sekolah ini.” Kata pelajar  baru yang selesa dipanggil Hafiz. Aku agak terpana melihat wajah Hafiz.

Tiba-tiba “Hafiz! kamu boleh duduk di sebelah Danial”. Dan! Itu bermakna Hafiz akan duduk di sebelah Danial di depan aku!

“ Astagfirullahaladzim! Belajar Amira jangan bercinta!”kataku didalam hati. Baiklah murid-murid hari ini kita belajar tajuk ‘isim isyarah’! Buka buku semua!......”

Kringgggggggg!!!! Loceng berbunyi menandakan waktu balik, saat yang ditunggu oleh semua pelajar. Aku pulang dengan berjalan kaki kerana rumahku dengan sekolah tidaklah berapa jauh

               “Amira! Tunggu sekejap!”aku terkejut lalu menoleh ke belakang.

“ Danial ada apa?” kata jiran sebelah rumahku juga rakan sekelas ku.

“Balik dengan aku! Aku ada benda nak cakap dengan kau.”

“ok cepatlah sedikit” aku bersetuju lalu mengarahkannya bertindak pantas.

“Amira kau nak tau tak? Aku dengar cerita kat sebelah rumah kau ada orang nak pindah. Betul ke?”

“Betullah itu! Barang semua dah masuk. Tinggal tuan rumah sahaja masuk ke rumah” kataku.

“Amira ko tak nak tanya pasal Hafiz ke?”  tanya Danial tiba-tiba.

“Ha?Hafiz? buat apa?” tanya Amira terkejut.
“Takda la, biasa kau mesti nak tahu pasal budak baru yang masuk ke SMA Nadhzah Hasanah ni”

“Perangai tu aku sudah lama buang, lagipun dah nak periksa SPM dah pun, taubat la sikit.” Kataku sambil tersengih-sengih. Aku dan Danial pun sampai ke perkarangan rumah.

          “Assalamualaikum mak cik!” kataku dan Danial.

“Waalaikumsalam.” Kata mak cik sambil mempamerkan senyuman kepada kami.

“ Mak cik orang baru ke? Saya Amira Althafunnisa dan ini Danial Azmir. Kami tinggal di sebelah ni.” Kataku sambil memperkenalkan diri .

“oh... ya makcik -orang baru, boleh panggil makcik Aliza.”

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di depan kami. Aku agak terkejut rupa-rupanya ibu dan ayahku.

“Assalamualaikum” kata ibu dan ayahku.

“ Waalaikumsalam.
Ibu dan ayah bersalaman dengan makcik Aliza. “Baru pindah ke? “ Sambil menghulurkan salam.

“Ye kak. Baru je masuk hari ni. Nama saya Aliza“


“Ouh. Lupa pula akak nak perkenalkan diri tadi. Nama akak Yana. Panggil je kak Ana.“

 “Masuk dulu lah, Aliza. Jom Amira, Danial ikut mak cik ambil barang mak kamu. Tadi mak kamu tempah.

 “Baik mak cik .“ kata Danial 

 “Mak cik Aliza kami masuk dulu ye. Assalamualaikum.“ kata Aku dan Danial lalu terus masuk ke rumah. 

bersambung....

tak kenal maka tak kenal... hehehe

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang....
maha melihat setiap perilaku hambanya yang hina lagi kerdil ini...

Assalamualaikum....
saya bukanlah penulis cerpen mahupun penulis novel terkenal...
tapi ingin berkongsi idea untuk para pembaca yang sudi membaca...
semoga kalian dirahmati ALLAH selalu...
in shaa allah...

cinta itu rahmat dari ALLAH...
jika tiada cinta di dunia ini pasti peperangan akan berlaku di mana-mana...
kezaliman di anggap perkara biasa... nauzubillah
namun manusia yang ALLAH ciptakan akal agar manusia boleh berfikir yang mana baik dan buruk...
telah menyalahgunakan cinta...
jika kalian mahu tahu, cinta itu indah...
tersangat indah...
cinta bisa menyatukan manusia agar menjaga silaturrahimnya...
tapi pada zaman ini... cinta itu membunuh!
cuba teka kenapa membunuh?
ini kerana... ada manusia sanggup berkata...

-aku sanggup mati kalau dia tak nak kat aku lagi!-
-die je paham aku... tak de orang lain dah!-

wahai manusia ingatlah di mana allah....
sepatutnya.... 
allah adakan cinta manusia itu agar manusia itu bisa lebih dekat dengan ALLAH...
allah jadikan cinta kepada manusia perantaraan supaya hambanya lebih dekat dengannya... 
maka cintailah manusia kerana ALLAH!
katakanlah pada sesiapa yang kamu cintai

                     AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH!