Bismillahirrahmanirrahim…
“ya allah bantulah aku! mencari
sinarmu, ya allah aku benar-benar buntu,
aku ingin melupakan lelaki itu! bantulah aku!…….” setelah aku selesai melakukan
solat tahajjud dan solat hajat lantas aku membaca al-quran.
Seminggu kemudian
“Assalamualaikum! Murid-murid hari
ini kita ada pelajar baru.” Kata guruku sambil menunjukkan pelajar baru.
“Hafiz sila perkenalkan diri.”
“Assalamualaikum, nama saya Hafiz
Amir Iman bin Hafiz Izwan, kamu semua
boleh panggil saya Hafiz, saya harap kamu
semua boleh menerima saya di sekolah ini.” Kata pelajar baru yang selesa dipanggil Hafiz. Aku agak
terpana melihat wajah Hafiz.
Tiba-tiba “Hafiz! kamu boleh duduk di sebelah Danial”. Dan! Itu bermakna
Hafiz akan duduk di sebelah Danial di depan aku!
“ Astagfirullahaladzim! Belajar Amira jangan bercinta!”kataku didalam hati.
Baiklah murid-murid hari ini kita belajar tajuk ‘isim isyarah’! Buka buku semua!......”
Kringgggggggg!!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu balik, saat yang ditunggu oleh semua pelajar.
Aku pulang dengan berjalan kaki kerana rumahku dengan sekolah tidaklah berapa
jauh
“Amira! Tunggu sekejap!”aku terkejut lalu
menoleh ke belakang.
“ Danial ada apa?” kata jiran sebelah rumahku juga rakan sekelas ku.
“Balik dengan aku! Aku ada benda nak cakap dengan kau.”
“ok cepatlah sedikit” aku bersetuju lalu mengarahkannya bertindak pantas.
“Amira kau nak tau tak? Aku dengar cerita kat sebelah rumah kau ada orang
nak pindah. Betul ke?”
“Betullah itu! Barang semua dah masuk. Tinggal tuan rumah sahaja masuk ke
rumah” kataku.
“Amira ko tak nak tanya pasal Hafiz ke?” tanya Danial tiba-tiba.
“Ha?Hafiz? buat apa?” tanya Amira terkejut.
“Takda la, biasa kau mesti nak tahu pasal budak baru yang masuk ke SMA
Nadhzah Hasanah ni”
“Perangai tu aku sudah lama buang, lagipun dah nak periksa SPM dah pun,
taubat la sikit.” Kataku sambil tersengih-sengih. Aku dan Danial pun sampai ke
perkarangan rumah.
“Assalamualaikum mak cik!” kataku dan
Danial.
“Waalaikumsalam.” Kata mak cik sambil mempamerkan senyuman kepada kami.
“ Mak cik orang baru ke? Saya Amira Althafunnisa dan ini Danial Azmir. Kami
tinggal di sebelah ni.” Kataku sambil memperkenalkan diri .
“oh... ya makcik -orang baru, boleh panggil makcik Aliza.”
Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di depan kami. Aku agak terkejut
rupa-rupanya ibu dan ayahku.
“Assalamualaikum” kata ibu dan ayahku.
“ Waalaikumsalam.“
Ibu dan ayah bersalaman dengan makcik Aliza. “Baru pindah ke? “ Sambil
menghulurkan salam.
“Ye kak. Baru je masuk hari ni. Nama saya Aliza“
“Ouh. Lupa pula akak nak perkenalkan diri tadi. Nama akak Yana. Panggil je
kak Ana.“
“Masuk dulu lah, Aliza. Jom Amira, Danial ikut mak cik ambil barang mak kamu. Tadi mak kamu tempah.“
“Baik mak cik .“ kata Danial
“Mak cik Aliza kami masuk dulu ye. Assalamualaikum.“ kata Aku dan Danial lalu terus masuk ke rumah.
bersambung....